Animated Hello Kitty Princess Lyana's Diary: December 2011

Monday, December 19, 2011

Assalamuaikum,

How yeaah! Jom ceriakan diri yuk…. Alhamdulillah, hari ni merupakan hari pertama aku berpraktikal di MDS. Perasaan? Boleh tahan best jugak first day nih.

Mesti hampa tertanya-tanya apa aku buat hari pertama praktikal kan? Ok, meh nak story meh……

Aku dengan kawanku wani dengan semangatnya pi keja pukul 7.35 pagi. Walaupun jarak rumah kami dekat ja dengan MDS tuh,*kentut pon dengaq baq hang…* tapi memandangkan kami ni calon menantu pekerja terbaek, maka haruslah semangat pada hari pertama bekerja. Ala..semua orang pon macam tu kan..hoho. sebelum melangkah masuk ke dalam bangunan a.k.a tempat qejaku, rasa takott, cuak, maluu, haih macam-macam sangat perasaan bercampur-baur hampa tau dak!!!!! Haaa…lepas tu aku dengan wani dibawa untuk melapor diri ke s/u pejabat. Alah, xdak pa pon sangat Cuma dia Tanya dok mana, apa yang kami belajaq dalam kos ni, itu saja. Takpa lagi la bab tu, lepas pada tu kami kena join MEETING! Ketaq lutut ooo..but its ok, boleh jadik pengalaman berharga dan bernilai gitu. Then, waktu petang kami kena buat task2 simple macam punch fail dengan dokumen, pastu ikat balik. Tu ja untuk hari ni. Haaaaahh! Macam mana la kawan-kawan aku punya story kan.,.wey..hampa macam mana hari pertama wey..aku harap semuanya berjalan dengan jayanya.


What ever it is, just b strong allright? Well then, need to have some rest for the new bright day tomorrow, sayanggggggggg semua! ;-*

Saturday, December 17, 2011

Persediaan Praktikal a.k.a L.I

Assalamualaikum..,

Yeah! Hehe, mula-mula kena semangatkan diri dulu. Tinggal sehari je lagi aku nak kawen praktikal. Makna kata hari Isnin yang indah ni aku akan menjejakkan kaki ke alam pekerjaan kat Majlis Daerah Selama Perak. Huh! Tak dapat nak dibayangkan macam mana nanti ni. Aku doakan semuanya berjalan lancar hendaknye, aminnn.

Persediaan aku? Mmmm, biasa-biasa aja. Kalau orang lain mungkin beli baju baru, kasut, handbag dan lain-lain, tapi aku pulak kontra dengan orang, maksudnya aku tak beli semua itu. Aku guna apa yang ada saja. Antaranya ialah…..;


Baju? – baju yang sedia ada, mean baju yang aku pakai pi kelas hari-hari masa kat poli.*takpe kat Majlis Daerah xde org perasan :P*
kasut? – kasut mungkin nak kena beli lain sebab kasut takde yang sesuai. Sementara, boley guna kasut mak aku.

Handbag? – pun guna yang sedia ada. Beg yang aku guna pi kelas hari-hari jugak. Selagi boleh guna, aku akan gunakan.

Sapa-sapa yang nak mula berpraktikal kat luar sana mesti buat persediaan yang best kan? Aku hanya biasa-biasa je. Takpe lah kalau aku ada rezeki lebih mungkin aku akan beli serba baru. Yang penting report, aku nak focus betul-betul ekspeshelly terhadap tugas-tugas aku sebagai setiausaha, tapi dapat bahagian mana aku tak tau lagi. insyaAllah, lepas ni aku akan bagitau eh. Haa..lepas ni mungkin kebanyakan entry-entry aku berkisahkan tentang dunia praktikal aku. Nak habaq siap-siap kat hampa. Tapi takdela setiap hari aku cerita pasai qeja ja, nanti hampa boring silap-silap tak hadap nak klik ke blog aku nih, hehehehehe. Ok lah, sampai di sini saja yang dapatku luahkan kepada anda-anda semua. Kepada kawan-kawan politeknik tuanklu syed sirajuddin, terutama kepada budak-budak DSS 3B tak lupa juga di politeknik lain,


*adakah aku akan sibuk macam ni nanti?? ngeee~

selamat menjalankan tugas dengan penuh istiqamah, tekun dan ikhlas. Buat report yang paling terbaik tau kawan-kawanku. J

Friday, December 16, 2011

Bilaku Balik Kampung

Assalamualaikum,

Hai, jumpa lagi kita setelah agak lama xmenaip kat sini. Sebab ape? Hehehehe, Sebab aku balik kampung. 'Which is' kampung sebelah ayah yakni kampung Sungai Salleh, Serdang Kedah. Dekat ja dari rumah aku ni haa. Dalam 15 minit je pun.*dekat2 pon hg selalu pi sana kah?? :p* kentut pun dengaq baq hang….haha. Lama jugak aku tak balik sana, sebabnya kat sana bukan ada sapa-sapa pun, kalau 'time' qaya ataupun kenduri sedara aku ka ramai la jugak yang ada kat kg tu. Yang dari KL semua pakat balik. Hmm, baru ku sedaq yang kebanyakan sedara aku duk kl rupanya, maklumlah tak sempat nak pikir. Kalau umah tok aku tu, cuma ada tok aku sorang ja, tok wan aku dah lama meninggal dunia sebab kemalangan sewaktu 'otw' pi sembahyang jumaat :’( rumah sedara-sedara aku ada la dekat2 rumah tok aku, dekat keda sg salleh yakni rumah paklang aku dan pak long aku. 'See?' Dekat kan. Seronok sangat bila 'stay' kat kampung nih.

Walaupun tak dak orang, tapi hati aku terhibur dengan budak-budak kat situ dan kawan-kawan tok aku a.k.a warga emas. Aku paling suka dengan budak-budak! Aku tak tau kenapa. Naluri keibuan kot, ceewahhh! Dak, seyes ni. Even adik aku pun aku suka, hehehe. Walaupun depa dah besaq tapi aku layan depa macam budak kecik hahaha kejam kan aku? Budak2 dah la kecik..comell sangat. Aku kadang-kadang tu tak sampai hati nak marah depa kalau geram tu ada la jugak kan. Kalau golongan warga emas ni pun aku suka. Sebab mereka sangat menenangkan.. J tak percaya? Try la pi sembang dengan tok hampa naa. Aku sayang tok aku sangat walaupun dia kadang-kadang garang tapi tok aku sangat 'sporting' u oll. Kawan-kawan tok aku pun sama. Aku kalau balik kampung tu tak sah la kalau tak kena mengusik dengan depa. Lagi satu, aku suka sangat sebab tok aku selalu bagi tips2, ajaq masak, petua orang dulu2…. Haaah, 'sooo happy with them!' Tapi kenapa yek masih ada lagi insan-insan kat luar sana yang tegar letak orang tua depa kat rumah kebajikan @ rumah orang tua-tua?? Semoga kita2 semua dijauhi dari perbuatan itu ya…

Ok, nampaknya sampai setakat ini saja lah yang dapatku kongsi dengan hampa semua noo.

*bersama sygku Roziyana. (lepas balik kg, pi KFC Serdang online n dapat ayam, cheezy n air free kot, haha thanks to Nina)


Kepada semua, jaga diri, jaga amal, jaga iman. wasSalam…'see u on the next entry!'

Sunday, December 11, 2011

Entry istimewa untuk seseorang ♥

Assalamualaikum,

Mengimbas kembali kenangan kita sebelum masing-masing menjadi intim..

Walaupun kita selalu bertemu, tapi masing-masing malu nak bertegur sapa kan?

Sebabnya belum lagi kenal hati budi dan juga perangai masing-masing.

Hari berganti hari..waktu tetap setia berputar tanpa henti..

Kita semakin mengenali antara satu sama lain J

Walaupun dirimu dengan yang lain begitu juga diri ini,sering dengan yang lain,

Tak pernah kita berasa iri hati, tak pernah memusuhi,

Ku tahu, diri ini selalu menyusahkan dirimu,

Maafkan aku kerna aku terpaksa dan hanya Tuhan saja yang dpt membalas kebaikanmu itu,

Kita lalui perjalanan yang penuh suka dan duka bersama,

Sungguh..terlalu banyak kenangan manis daripada pahit yang kita tempuhi,

Sememangnya dirimu ku anggap seorang yang tabah dan berhati baik,

Aku sentiasa menyayangimu dan mencintaimu………..















Wahai sahabatku, SITI NURSHAFIKA BT SHAFEE a.k.a stiffka itt(FB)

Terima kasih dari hati ini kerana banyak sangat menolong diriku, engkau akan ku kenang sebagai sahabat yang sejati, liku-liku hidup yang kita lalui juga hampir sama, maafkanku kerna aku tak mampu membalas budi baikmu dengan harta benda yang berharga, hidupku serba kekurangan..tapi aku tidak pernah lupa untuk mendoakanmu sahabat,..semoga kita bertemu di akhirat kelak sebagai sahabat sejati. Syukran ya Siti Nurshafika.




* you are beautifull n kind heart friend :D

* sesungguhnye, keta kancil itu bnyk berjasa kpd aku :)


Saturday, December 10, 2011

Monolog Hatiku...


Assalamualaikum….,

Semakin hari aku rasa semakin leka,

Semakin alpa dengan dunia dan seanteronya,


Tuhan,

Maafkan aku yang hina ini,

Aku yang terlalu menikmati nikmat duniawi ini,

Sahinggakan hatiku sendiri disakiti,

Terkadang aku juga tidak mengerti akan diri ini,

Mengapa sering saja terjadi


Pertengkaran dan perselisihan antara aku dan keluarga,

Terlalu banyak air mata ini mengalir suatu ketika,

Terlalu pedih hati ini untuk mengingatinya,

Pernah terlintas di benak ini,

Mungkin aku yang salah…


Atau…

Ini sememangya ujian Allah buatku di dunia ini

(La Tahzan.. ya Norliana)

Aku tak pernah putus berdoa semoga suatu ha

ri nanti,

Hidupku bahagia di atas keberkatan Ilahi..

Amin… ♥

p/s : oqg syg sgt kat mak, ayh dan semuanya.. :'(

Friday, December 9, 2011

Idea Bijak Aku!

Assalamualaikum,

Hello semua...! Nampak tak tajuk 'entry' aku kat atas yang berbaur agak riak tuh,?? ngeh6..

Haaaaaa...semenjak diri ini cuti sem beberapa minggu yang lepaih, otak aku semakin rajin
berfikir nak buat aktiviti yang boleh bagi paedah kat aku. Soooooo, setelah berhari-hari, berhempaih pulas memerah otakku ini, aku ingat la kann nak memanjakan diri ala2 macam kat SPA tu...aip!!! bukan 'Suruhanjaya Perkhidmatan Awam' yg selalu mengecewakan aku tuuu..ala spa yang selalu bakal2 'bride' pi sebelum jadi raja sehari :) Yayayayaya, selain dapat menjimatkan duet, dapat mencantikkan diri anda2 semua, xgitu cik Bedah oii??? Meh sini aku nak share beberapa petua tradisional yang bakal aku amalkan semasa cuti sem nih! Antaranya ialahhhhhh..............................,






-




-









1~ mencantikkan rambut menggunakan SERAI

caranya : Ambil beberapa batang serai (dalam 2,3 batang), ketuk serai itu, kemudian rebus sehingga mendidih. Lastly, bila air rebusan tadi tu da sejuk then sapu kat rambut u olls. Nak lumur dengan serai-serai tu sekali pon takde hal. Lepastu, bilas yaw, jangan tak bilas pulok. :p


2~mencantikkan kening gune BWG PUTIH

caranya : Ambil seulas bawang putih lalu dipotong dua. kemudian, ambil satu dan lukiskan mengikut bentuk kening anda okeh. Simple!



Nahh..tu lah perkara yang aku akan praktikkan selepas hari-hari ini dan hari-hari yang akan mendatang. Kalau tak menjadik minta maap la noh, sebab benda kan tradisional, bukan internasional..Ahaks, ok then..c u again in the next entry! meow2...




Thursday, December 8, 2011

Jejak Qaseh :)



Assalamualaikum,

Alhamdulillah..hari ini aku lebih tenang dari semalam. Seperti yang aku harapkan.hehe *seronok pulak Oh ya, semalam online fb terjumpa kawan lama aku since pra-sekolah lagi yang bernama Nazhatul Syakila @ kila. Cantik, manis orangnya. Masih ingat lagi kenangan manis waktu kanak-kanak Ribena dengan dia dan kawan-kawan yang lain dulu. Kami potong kek sesama, kongsi bekal sesama, macam-macam lagilah! Kalau nak ingat memang banyak la kannn :p al-kisanya macam nih, dekat poli, aku ni kan suka potpetpotpet a.k.a terlebih ramahdengan orang xspeshelly kawan kelaih aku. Bila kita duk bersembang dengan kawan mestilah Tanya abeh pasai family kann *xdelah, hg sorang ja Yana :p

cerita dia aku la dok sembang dengan kawan aku nama dia Nur Aqilah bt Rosli@ Ila Saloma panggilan manja dalam kelas ahaks.. pastu terrrrrrrrrrgatai Tanya pasai abg dia. Standed la kan. Ila pun cerita la yang abg dia ada awek dah. Sayangg sgt kat awek dia. Awek dia pun pernah mai tidoq umah depa. Pi jalan-jalan sekali. Mai raya umah. Aku pon berkata la, uih bestnya awek abg hg kan. Bertuah la dpt bf macam abg hg. Pastu Ila pun habaq la yang awek abg dia tu kg dia kat selama. Hah..aku ni pantang dengaq nama tempat aku, jadi eksaited terlebih kalah ahli DUN kawasan aku..haha. sekali dia habaq nama Syakila.*Siapa Syakila..mana Syakila…..aku pun tak tahu..wowowowo awat la tak kenai..aku ingat lagi kawan-kawan aku tauu. Ropenye kila temanku di waktu sekolah rendah dulu. Xsangka dengan cara ni kita boleh berhubung kembali kan.

Jodoh tak kemana..aceceh. kesedihan waktu dia nak pindah ke ipoh duluu terobat kembali kini. Lepasni dapat jugak tau perkembangan hidup dia. Lama sangat oo xjumpa. Rinduuuuu…ehehehe. Masing-masing sekarang dah deasa, dia pun cantik sangatt macam anak mami. Tup2 dah pun selamat menjadi tunangan kepada abg Ila Saloma beberapa hari lepas. Taraaaaaaaa.............

p/s: credit to Nazhatul Syakila (fb beliau)

Tahniah sahabatku.


okeh, nanti-nanti kita story

mori lagi ya! Daa........

Wednesday, December 7, 2011


Assalamualaikum..

Sungguh…. Saat ini aku lemah..aku tidak sekuat mana untuk menempuh ujianMu ini ya Rabb, aku tahu, Engkau sedang mengujiku kini..tapi aku hamba

Mu yang lemah, aku takut aku tidak kuat menempuhnya ya Allah..aku takut jikalau aku terlalu mengikut perasaan dan nafsu mudaku ini..aku mohon Kau kuatkanlah iman, akidah dan kekuatan jiwaku ini.


Berikanlah aku petunjuk dan hidayahMu Allah, bimbinglah hati ini ke jalanMu, aku mohon..jauhilah hati ini dari bisikan syaitan yang menunggu masa untuk merosakkan fikiranku yang kusut ini. Dugaan ini akan ku tempuhi jua biarpun ku menangis, Hanya Allah Maha Mengetahui, DIA yang mengerti dan aku harap disebalik setiap ujian yang menimpaku akan terselit kebahagiaan kelak. Tenanglah wahai hati..damailah dikau dengan ayat suci Allah..

p/s: kan best dpt tenangkan fikiran tepi sg macam nih..

*Ya allah ya tuhanku, semoga hati ini tabah menempuh apa jua takdir yang telah ditetapkan buatku, aminn..

Sunday, December 4, 2011

Tips utk Cik Setiausaha..ahh sape2 pon boleh :p

Assalamualaikum, how are u all? Here, some tips for u in order to be superb secretary or else............. :D

· You must know that have a certain thing that you don’t have to know.


· Mesti tau sejauh mana nak pergi dalam kerjaya sebagai setiausaha.


· Transform fikiran orang supaya positif terhadap kerjaya sebagai setiausaha.


· Without secretary boss don’t know anything, ( anggap macam tu)


· Kenal family bos/all about boss.


· Kenal character boss/mood boss.


· Self confident

- Jangan confident lebih

- Jangan arrogant

- Emosi yang stable


sekian itu saja yg dapat dikongsi bersame. Sesape yg nak tambah dialu-alukan yaw :)

Saturday, December 3, 2011