Animated Hello Kitty Princess Lyana's Diary: August 2012

Friday, August 17, 2012

Balik Rayaa!!


Legaaa dah selamat sampai ke rumah, hoyeeeyyyyy! Dah balik rumah ni makanya banyak kerja la harus buat.  Mula dari a until z.  almaklumlah nak raya dah ni, jadi kerja jadi double la dari hari biasa kan.  Memandangkan aku ni ber otak kreatif sikit, jadi tak payah la mak ayah aku susah2 nak upah interior designer untuk hias rumah kami, sebab aku kan adaa, ahakss,,,,, ( rasa nak penampo jer kan ) idea memang dah ada ni, Cuma tunggu masa ja nak buat.  Kalau nak tengok hasilnya yang tak tau macam mana saigak ke dak, jemput la beraya kat rumah kayyyy.

O ya, sebenarnya aku dah balik rumah dua hari lepas which mean, hari rabu kelmarin.  Kelas sampai petang kot.  Memang tak ikhlas gila pi kelas hari rabu tuh, sorry to say la tapi aku rasa semua student2 se Malaya mengalami situasi yang sama.  Hanya jasad yang ada dalam kelas, tapi roh duk ada kat rumah, duk buat kuey raya ( peribahasa aku yang dah di reject oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ).  Habis ja kelas petang tu, apa lagiiiii jalan cepat2 tak peduli orang dah, dengan semangat balik kampung yang berkobar-kobar, balik2 kemas barang, kemas bilik, buat apa yang patut pastu dalam pukul 6 lebih petang aku dengan kawan2 sekelas yang selalu balik sekali, bergerak ke changlun untuk buka posa. Then, lepas bbuka kami pi window2 shopping kat c-mart changlun.
aku je eksaited senyum sampai nampak gigi, 

Geng2 balik kampung sejak sem 2 lagi tau

Lepas tu baru gerak dalam pukul 8 setengah. Dah tu singgah petrol pump lagi, aku ambik kesempatan time tu untuk pee ( ngehehehehe ).  Dah settle semua, bermula la perjalanan kami ke destinasi, cececece.  Macam besa la, kalau nak tau, setiap kali perjalanan balik aku akan jadikan qeta syafika tu sebagai pusat karoke bergerak, well, aku kan over ( pengakuan ikhlas lagi suci dan murni sesuci minyak masak cap murni ), daripada lagu jiwang sampailah lagu raya, terbaik lah malam tu.  Sesekali dalam perjalanan tu ternampak la warna2 bunga api yang cantek sangat, pelita di keliling rumah..haaaaaaa so meaningful!! Syukurlah ( safi rania ) perjalanan balik raya kali ni bagi aku best sangat dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan bersama kawan2 aku, nak tau dak lagu last yang aku karoke dalam qeta? Hoho, ehem2..kalau ziana zain dengaq memang boleh pengsan tak pun dia akan pandang pelik kat aku sambil geleng2 kepala, haaa lagu anggapanmu.  Sekebun cintaa nan berbungaaaaa… ( aku menyanyi versi ning baizura tau ) sesekali aku bukak tingkap qeta n cari mangsa untuk dengaq nyanyian aku which is penunggang2 moto. Nasib la yang dah kena tu. Bukan pa saja nak menceriakan suasana, kang nanti semua boring pulok.  Aku kan penuh dengan idea2 yang merepek lagi merapu.  Bila dah sampai kat butterworth, kami bersalam2-salaman tanda maaf sempena hari raya yang nak datang ni kan, then terpisah la kami dengan haluan masing2.  Dah sampai tu pun pukul 10 lebih dah, emangnya udah  lewat dong. Tapi3…takpe..sebab ada orang ambik aku. Nak tau sapa? Tak yah laa..i kan low profile gituuu, kekekeke. Well, nanti  when the time comes, definitely I will tell u from a to z okay, so don’t worry be happy.  Di kesempatan ini, aku nak ambik kesempatan ( ayat pening sebab lapaq ) nak wish selamat berpuasa lagi sehari dan selamat berhari raya bersama insan tersayang, semoga gembira di hari raya.

p/s : aku raya penuh dengan assgnt n nota2 yang kena baca, tragis kan?

Saturday, August 4, 2012

short update

Bersempena dengan cuti Nuzul Quran dan ditambah dengan asrama yang sat2 tak dak ayaq, maka aku rasa tak sia-sia kot aku balik rumah minggu ni, lagipun cuti sampai isnin, huhuuuuuuuuuuuuu.!!  hari ni satgi nak bukak puasa kat rumah tok aku a.k.a kampung aku kat kampung sungai salleh serdang, dekat ja dengan rumah aku kalau naik moto tu 10 minit ja, wawawa. 

Hari ni aku pi kulim sorang2, malas la nak ajak kawan sebab nanti menyusahkan pulok..so, bermula dengan bank islam, kulim landmark and last skali pasaraya hari2 kulim.  kalau nak diikutkan ada lagi aku nak pi tapi bila terpandang awan yang gelap sangat menandakan hari nak hujan maka terbantut lah niat hati ni nak melabur wang kat pasaraya2 lain, ahaks.

hari ni cuti, esok pun cuti, isnin baru kita balik asrama ye.  emm ingat sebelum balik asrama nak beli tudung raya kat kedai rahsia aku dan kawan2 aku, ngeee.  murah dan cantik and of kos la berjenama personaliti terkenal (sapa tau diamm, yg tak tau tu cari la sendiri kekekeke). baju raya aku warna biru tqois la, makanya tudung aku nak beli warna kelabu dengan kelabu kehijau-hijauan.

ow ya, semalam aku dengan kawan2 bukak puasa kat luar sebelum masing2 balik rumah masing2. err..macam2 benda berlaku, pelik betul kalau kami berempat ni keluar, ada ja lah yang nak jadik. wanna know? tunggu....nt aku cerita kayyy! till then, selamat berbuka untuk semua!