Animated Hello Kitty Princess Lyana's Diary

Tuesday, October 23, 2012

Kau sahabat, kau teman


Andai diletakkan dua perkara di hadapanku, iaitu antara harta, kemewahan yang melimpah ruah tak terkira jumlahnya dan sahabat yang sentiasa di sisi memberi kasih dan sayang tak kenal erti penat dan jemu.. mana mungkin aku akan melangkah ke longgokan harta, tak akan sama sekali.  Seandainya mereka tahu, betapa hati ini sangat menyayangi mereka..tak sanggup untuk aku pergi meninggalkanmu wahai sahabat, sangat pilu hati ini, tapi aku terpaksa melangkah jua demi cita-cita dan keluarga, seandainya kamu berada di tempatku, pasti kamu akan faham..betapa beratnya hati ini untuk pergi demi sebuah impian dan tanggungjawab, sahabat, usahlah bersedih keranaku..sebab aku tidak kuat kalau sahabat2ku bersedih..perjuangan kita masih jauh..sama2 kita berusaha mengejar ilmu dan cita-cita, tak mungkin aku akan lupakan segala memori yang tercipta antara kita, semuanya terpalit kemas dalam ingatan ini..aku bersyukur kerana Allah kurniakan sahabat2  yang menyayangi aku hadir dalam hidup aku, sesungguhnya percayalah dengan ketentuan Allah sahabatku, DIA punya rencana yang sangat baik untuk kita..teruskan berjuang..

Dip. in Secretarial Science, semester 5, my classmates :)


friends are everything, friends that always never forget their friends is the one we need in our life!

Friday, August 17, 2012

Balik Rayaa!!


Legaaa dah selamat sampai ke rumah, hoyeeeyyyyy! Dah balik rumah ni makanya banyak kerja la harus buat.  Mula dari a until z.  almaklumlah nak raya dah ni, jadi kerja jadi double la dari hari biasa kan.  Memandangkan aku ni ber otak kreatif sikit, jadi tak payah la mak ayah aku susah2 nak upah interior designer untuk hias rumah kami, sebab aku kan adaa, ahakss,,,,, ( rasa nak penampo jer kan ) idea memang dah ada ni, Cuma tunggu masa ja nak buat.  Kalau nak tengok hasilnya yang tak tau macam mana saigak ke dak, jemput la beraya kat rumah kayyyy.

O ya, sebenarnya aku dah balik rumah dua hari lepas which mean, hari rabu kelmarin.  Kelas sampai petang kot.  Memang tak ikhlas gila pi kelas hari rabu tuh, sorry to say la tapi aku rasa semua student2 se Malaya mengalami situasi yang sama.  Hanya jasad yang ada dalam kelas, tapi roh duk ada kat rumah, duk buat kuey raya ( peribahasa aku yang dah di reject oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ).  Habis ja kelas petang tu, apa lagiiiii jalan cepat2 tak peduli orang dah, dengan semangat balik kampung yang berkobar-kobar, balik2 kemas barang, kemas bilik, buat apa yang patut pastu dalam pukul 6 lebih petang aku dengan kawan2 sekelas yang selalu balik sekali, bergerak ke changlun untuk buka posa. Then, lepas bbuka kami pi window2 shopping kat c-mart changlun.
aku je eksaited senyum sampai nampak gigi, 

Geng2 balik kampung sejak sem 2 lagi tau

Lepas tu baru gerak dalam pukul 8 setengah. Dah tu singgah petrol pump lagi, aku ambik kesempatan time tu untuk pee ( ngehehehehe ).  Dah settle semua, bermula la perjalanan kami ke destinasi, cececece.  Macam besa la, kalau nak tau, setiap kali perjalanan balik aku akan jadikan qeta syafika tu sebagai pusat karoke bergerak, well, aku kan over ( pengakuan ikhlas lagi suci dan murni sesuci minyak masak cap murni ), daripada lagu jiwang sampailah lagu raya, terbaik lah malam tu.  Sesekali dalam perjalanan tu ternampak la warna2 bunga api yang cantek sangat, pelita di keliling rumah..haaaaaaa so meaningful!! Syukurlah ( safi rania ) perjalanan balik raya kali ni bagi aku best sangat dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan bersama kawan2 aku, nak tau dak lagu last yang aku karoke dalam qeta? Hoho, ehem2..kalau ziana zain dengaq memang boleh pengsan tak pun dia akan pandang pelik kat aku sambil geleng2 kepala, haaa lagu anggapanmu.  Sekebun cintaa nan berbungaaaaa… ( aku menyanyi versi ning baizura tau ) sesekali aku bukak tingkap qeta n cari mangsa untuk dengaq nyanyian aku which is penunggang2 moto. Nasib la yang dah kena tu. Bukan pa saja nak menceriakan suasana, kang nanti semua boring pulok.  Aku kan penuh dengan idea2 yang merepek lagi merapu.  Bila dah sampai kat butterworth, kami bersalam2-salaman tanda maaf sempena hari raya yang nak datang ni kan, then terpisah la kami dengan haluan masing2.  Dah sampai tu pun pukul 10 lebih dah, emangnya udah  lewat dong. Tapi3…takpe..sebab ada orang ambik aku. Nak tau sapa? Tak yah laa..i kan low profile gituuu, kekekeke. Well, nanti  when the time comes, definitely I will tell u from a to z okay, so don’t worry be happy.  Di kesempatan ini, aku nak ambik kesempatan ( ayat pening sebab lapaq ) nak wish selamat berpuasa lagi sehari dan selamat berhari raya bersama insan tersayang, semoga gembira di hari raya.

p/s : aku raya penuh dengan assgnt n nota2 yang kena baca, tragis kan?

Saturday, August 4, 2012

short update

Bersempena dengan cuti Nuzul Quran dan ditambah dengan asrama yang sat2 tak dak ayaq, maka aku rasa tak sia-sia kot aku balik rumah minggu ni, lagipun cuti sampai isnin, huhuuuuuuuuuuuuu.!!  hari ni satgi nak bukak puasa kat rumah tok aku a.k.a kampung aku kat kampung sungai salleh serdang, dekat ja dengan rumah aku kalau naik moto tu 10 minit ja, wawawa. 

Hari ni aku pi kulim sorang2, malas la nak ajak kawan sebab nanti menyusahkan pulok..so, bermula dengan bank islam, kulim landmark and last skali pasaraya hari2 kulim.  kalau nak diikutkan ada lagi aku nak pi tapi bila terpandang awan yang gelap sangat menandakan hari nak hujan maka terbantut lah niat hati ni nak melabur wang kat pasaraya2 lain, ahaks.

hari ni cuti, esok pun cuti, isnin baru kita balik asrama ye.  emm ingat sebelum balik asrama nak beli tudung raya kat kedai rahsia aku dan kawan2 aku, ngeee.  murah dan cantik and of kos la berjenama personaliti terkenal (sapa tau diamm, yg tak tau tu cari la sendiri kekekeke). baju raya aku warna biru tqois la, makanya tudung aku nak beli warna kelabu dengan kelabu kehijau-hijauan.

ow ya, semalam aku dengan kawan2 bukak puasa kat luar sebelum masing2 balik rumah masing2. err..macam2 benda berlaku, pelik betul kalau kami berempat ni keluar, ada ja lah yang nak jadik. wanna know? tunggu....nt aku cerita kayyy! till then, selamat berbuka untuk semua! 

Saturday, July 14, 2012

Semester 5 @ ptss


Alhamdulillah, selamat sudah aku mendaftarkan diri kat PTSS untuk sem 5 ni.  Makna kata tinggal satu semester je lagi tau nak hidup kat sini, ahaxx*xsabar nak habis, ngeee :D actually, sebelum balik asrama aku dan kawan2 aku telah sepakat dan setuju lagi istiqamah untuk duduk satu blok a.k.a satu aras kat asrama, maka aku dengan konfidennya memberi arahan kepada kawan2 aku supaya semua berkumpul dulu agar proses menjadi lebih mudah.  Tapi..langit tak selalunya cerah, disebabkan aku tunggu roommate aku since sem 1 until now xdatang2 lagi, melepas la chance nak duduk satu blok a.k.a satu aras dengan classmates I, *hamek kau! Komfiden terlebih,kakaka.  At last aku duduk blok lain tapi tetap dengan roommate yang lama n plus 2 others which is kawan roommate I, kira kawan aku jugak la kann, tapi yang membuatkan aku redha dan kembang hidungnya ialah sebab aku dapat duk aras 2, wakakaka.  Kawan2 aku mostly duduk aras 5, 4 tau, so aku terima dengan hati yang lapang sangat, thank you Allah. 

Daftar pengajian da settle, daftar kursus pun da ( Cuma tak bg slip bank je lagi sbb hari tu terjatuh atas jalan, alhamdulillah jumpa balik tau), report l.i da settle, slide pun da, yang tinggal Cuma hari present dan penyerahan report untuk disemak je nanti. 

Bagi semester ni kan, aku rasa agak tough la sebab subjek2 mak aiii kemain lagi mencabar akal dan mindaku..( lagu najwa latip) bsnes law, bsnes accounting, b. arab(sukeeeeee), note taking, English 3, dan lastly record management.  Nahh hamek.  Pastu aku ingat nak ambik exam MUET sem ni sebab kawan2 pakat nak ambik, tengok la kalau ku berdaya nanti.

p/s: Rindu mak aku sangat! ;’(

Wednesday, July 11, 2012

Harapan

Mesti semua pelajar2 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin tengah memikirkan hari esok kan, hari daftar asrama.  mesti ada yang berat hati gila nak balik poli tambah2 duduk asrama ( termasuklah aku sendiri ) dan tak dapat dinafikan ada juga yang hati melonjak girang sanggup mengetepikan kebosanan tahap melampau di asrama sebab dapat balik poli nanti boleh berjumpa kekasih2 masing2 atau skandal :-/ ( whoknows ).  


sejujurnya memang aku berat gila hati nak melangkah ke sana esok pagi. ada macam-macam sebab kenapa. Hanya Tuhan yang tahu. tapi aku yakin setiap apa dugaan, kesusahan yang mendatang mesti ada hikmah disebaliknya, aku kena yakin tu.  tak kira la susah macam mana sekalipun, bosan tahap infiniti pun, aku mesti kuat menghadapi hidup, tabah harungi cabaran yang bakal mendatang.  tambah-tambah di bulan puasa nanti, semoga Allah kuatkan hatiku dan kita semua dalam menghadapi ujian hidup.  


harapan untuk aku bagi semester 5 ni, semuanya baik2 saja dan semestinya lebih baik dari sebelum ini, insyAllah, amin.. (tolong kuatkan diri, tak lama lagi ja nak habis, belajar sungguh2 biar sampai mati sekalipun, niat kerana Allah, fikir keluarga, hanya ilmu yang mengangkat darjat seseorang. istiqamah!)

Tuesday, July 10, 2012

Balik Poli


Tinggal 1 hari ja lagi aku nak bermalas-malasan kat atas katil aku sebelum balik ke asrama politeknik…adalah warisan kita..lalalala ( haa kan dah nyanyi lagu poli).  Barang semua dah beli dah, tapi ada sikit lagi xbeli, kasut..stokin....besok la tengok macam mana.  Mesti kwn2 aku pakai baju2 baru sem ni, tp aku msh yg sama jugak, tapi3..ada aku hairan? Takpola sederhana adalah caraku, tme kasih :-D (tiba2 ada trademark sendiri..) baik, bagi semester kali ni, yakni sem 5, di mana aku akan menjadi kak senior, dan aku akan pastikan aku nak bersaing dengan kawan2 aku dalam pelajaran mati-matian! Don’t know don’t care what will happen.  Biar mati kebosanan sekalipun kat asrama nanti, aku akan tetap berjuang dan ingat niat aku untuk belajaq, mai sini untuk belajaq..bukan berfoya2 ya.(peringatan untuk diri sendiri) dan sempena Ramadhan yang bakal menjelma nanti, aku mengharapkan keberkatan dikurniakan dalam perjalanan musafir menuntut ilmu dan yang paling aku harapkan keberkatan Ramadhan kali ni dapat memperbaiki diri aku yang semakin tak tentu arah sekarang ni, aminn..


p/s : suka bila berpuasa kat asrama politeknik, sebab aku boleh menghayati dengan lebih khusyuk dan istiqamah :D

Friday, July 6, 2012

Pengalaman 1


Masa cuti semester yakni waktu aku sem 2 dulu….., (lani aku dah nak masuk sem 5, mmmm
kira xlama dan xbaru lagi la cerita ni, hemoih3 :-D) aku cuti lebih kurang sebulan lebih la.  
WT best what? Ahaks! Dah pelan siap nak kerja part-time la, janji kerja.  Duk berangan
teruk-teruk dah kat asrama, belum balik rumah lagi, kerja belum tentu ada, kakaka itulah 
aku.  Bila tibanya hari yang dinanti-nanti, bermula la episod cerita siswa cuti sem penunggu 
di rumah.  Aku la tu, las-las satu habuk kerja pun tadak.  Bukan tak usaha, tapi banyak 
kekangan la pulak dengan transport tak dak, besala kami orang susah. Dah tu duk ja la 
rumah.  


Al-kisah pun bermula la apabila maksu aku yang sedang tunggu masa nak delivered.  Masa tu 
paksu n maksu dah pindah duk SP.  Kalau tak selalu la anak2 depa mai rumah petang2  masa 
depa duk setaman dengan aku dulu.  satu hari di tengah hari yang hening di mana aku 
sedang berangan-angan atas katil timetu, tup2 paksu call bagitau kata maksu dah bersalin.  
Waaa..aku pun macam terlebih eksaited kalah pengguna biodex sebab aku memang 
teramatlah suka bayi.  Lantas, paksu pun memberi offer kat aku untuk jaga maksu aku kat 
hospital sebab cuma perempuan saja dibenarkan, adik2 maksu aku semua dah kahwin, 
maka aku si pencinta bayi ini dengan sepantas kilatnya say YES! I want2! Siap2 barang
semua, paksu mai ambik kat rumah then kami bertolak ke Hospital Sultan Abdul Hamid SP, 
hosp. baru and very nice.  Paksu cakap dua tiga hari ja, aku pun macam, oh ok, tak dak hal 
la kejap ja kan.  Hari pertama…….kondisi aku masih tenang dan teruja dek keseronokan 
berada di hospital ( cita-cita nurse, xkesampaian..tragis ha?) maksu aku bersalin operate, 
sebab tu kena jaga rapi.  Baby pulak tak dikeluarkan lagi sebab kuning.  Maka aku pun 
melangut la dekat sebelah maksu aku, aku pandang kau, kau pandang aku, haa macam 
gitulah lebih kurang masa tu.  Yang aku risaukan apa tau? Kat manala aku nak tidoq malam 
tu.  Tengok keliling semua katil ada patient.  Duk nampak kerusi pelawat yang sederet kat 
tepi tingkap tu ja, makanya kat situlah tempat beraduku, wahaha memang kelassss sampai 
sakit badan2 tapi main dengan mengantuk, persetankan semua itu!! Janji tidoq, 
krohhhhhh.  Tapi xbrapa nak krohhhh sangatlah sebab tugas aku kan jaga maksu aku, 
tengah2 pagi maksu aku panggil…nana…nana…mai sat maksu nak ni…nak tu…tak2 aku bukan 
complain okeyh, tapi agak merenyahkan jugaks.  Memang tidoq aku tak cukup la sepanjang 
jaga maksu aku. disebabkan keadaan maksu yang tak baik2 lagi, terpaksa stay kat wad lagi 
beberapa hari sampai doktor kata boleh balik. Haaaaaaaaa? Dah masuk 6 hari kot.  Aku 
gagahkan jugak walaupun tak selesa.  Baby pun dah ada sebelah maksu time tu(Nur Alisya 
Kaisara).  Boleh jugak aku main2 dengan dia. Suke tau. Tapi nurse kat situ nakal sgt, ambik 
kesempatan suruh aku buat itu ini, grrrrrr mmg gaji buta la! Malas nak bukak aib nurse2 di 
situ, sudah cukup3 ( lagu sudah cukup sudah).  Yang menariknya tu lah pertama kalinya aku 
basuh najis baby yang baru lahir, perasaan time tu Ya Allah..suke sangat, tapi takut jugak, 
kan bayi lembut lagi tulang2 semua, aku buat dengan berhati2 sambil diperhatikan maksu, 
lama2 buat banyak2 kali ok la, dah boleh dah orang kata, hehe gatal sudah.  Then, aku bagi 
dia minum susu(susu hospital ok), tidurkan dia dengan salawat sambil tepuk2 badan dia, 
haaa sungguh aku rasa macam anak aku sendiri tau.  Bila tibanya waktu tidur..aku pi kat 
tempat ruangan tengok tv kat pintu masuk wad tu, nak tau apa yang aku jumpa…?? Hehe, 
mestilah kusyen yang empuk dan ada tv!!!! ohooooooohoiiiiiii.  Dah tak tahan sangat, aku 
lena ja kat situ, ah lantaklah nurse2 atau doktor lalu lalang tengok, janji aku selesa, letih 
tau! Waktu2 petang aku mula lepak2 kat situ sambil tengok orang lalu-lalang, jeles pun ada 
tengok pasangan suami isteri yang baru dapat anak, tengok bahagia sangat, dan2 teringat 
kat ehem2 time tu, wuaaaaaaaa.  Dah la dia kena pi Sabah pulak waktu aku kat hospital tu. 
Betapa terasa kehilangannya saat tu.  Yela, masa tu aku rindu sangat, tiba2 petang tu dia 
mesej kata malam ni kena pi Sabah.  Malam tu aku tunggu tepi tingkap, entah kenapa tapi 
rasa memang nak pandang langit dengan harapan aku dapat tunggu kapal terbang yang lalu, 
dan mungkin flight dia.(dah la memang aku tidoq kat tepi tingkap time tu) tiba2 ja lalu 
kapal terbang..berkelip2, seolah2 tau yang ada insan yang sedang menanti tepi tingkap 
ni,laju ja air mata aku mengalir saat tu, hatiku rindu sangat..tambah risau,..pergi ke Sabah 
pulak tu, bukan tak tau kat sana, sebak aku mesej dia sambil nangis dan pandang langit. Dah 
tugas..nak bt camane kan.  Sepanjang aku ada kat situ adala aku berkenalan dengan makcik 
n akak cleaner, ibu2 mengandung, nurse2 n doktor pelatih.  Ada la kawan-kawan nak 
sembang.  makan pulak, kadang-kadang paksu tolong beli kat aku, hehe dan kadang-kadang 
makan makanan maksu.  Nak turun pi kafe segan gila, dah la aku sorang2 dengan ramai 
orang, aku tak suka orang suka pandang pelik kat aku, ntah la kenapa, haisyy. Hari2 terakhir 
tu, paksu mai melawat bawak anak2 dia, seronok la aku melayan kerenah bebudak tu, he3.  
Tiba-tiba paksu hulur duit kat aku, 50++ pulak tu.  Aku rasa banyak sangat tu.  Mula-mula 
menolak, tapi dah paksu cakap ambik la..kat bawah tu ada juai tudung2, macam2 ada, pi la 
beli.  Haa aku pun dengan rasa segan dan rendah dirinya ambil dengan perasaan yang b
bercampur baur, ahaks. Tunggu lagi, kalau bab shopping sorang2 pun aku xkisah, borong 
sakan la aku beli inner tudung, nak beli lagi tapi masa tak mengizinkan, takpola lain kali 
boleh lagi. 



Gitulaa al-kisah pengalaman aku di hospital menjaga maksu dan baby nya serta liku2 hidup di hospital yang terpaksa ku harungi, walaupun penat tapi puas hati sebab dapat banyak pengalaman.  Nak tau lagi cerita seterusnya, tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu…………………………………………………