Animated Hello Kitty Princess Lyana's Diary: Harapan

Wednesday, July 11, 2012

Harapan

Mesti semua pelajar2 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin tengah memikirkan hari esok kan, hari daftar asrama.  mesti ada yang berat hati gila nak balik poli tambah2 duduk asrama ( termasuklah aku sendiri ) dan tak dapat dinafikan ada juga yang hati melonjak girang sanggup mengetepikan kebosanan tahap melampau di asrama sebab dapat balik poli nanti boleh berjumpa kekasih2 masing2 atau skandal :-/ ( whoknows ).  


sejujurnya memang aku berat gila hati nak melangkah ke sana esok pagi. ada macam-macam sebab kenapa. Hanya Tuhan yang tahu. tapi aku yakin setiap apa dugaan, kesusahan yang mendatang mesti ada hikmah disebaliknya, aku kena yakin tu.  tak kira la susah macam mana sekalipun, bosan tahap infiniti pun, aku mesti kuat menghadapi hidup, tabah harungi cabaran yang bakal mendatang.  tambah-tambah di bulan puasa nanti, semoga Allah kuatkan hatiku dan kita semua dalam menghadapi ujian hidup.  


harapan untuk aku bagi semester 5 ni, semuanya baik2 saja dan semestinya lebih baik dari sebelum ini, insyAllah, amin.. (tolong kuatkan diri, tak lama lagi ja nak habis, belajar sungguh2 biar sampai mati sekalipun, niat kerana Allah, fikir keluarga, hanya ilmu yang mengangkat darjat seseorang. istiqamah!)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah ke sini :)
Pls leave your brilliant idea, ok dear:D