Animated Hello Kitty Princess Lyana's Diary: May 2012

Friday, May 18, 2012

Bye2 MDS


Alhamdulillah.. akhirnya tamat sudaa latihan industri aku selama 6 bulan sejak 19.12.2011 sampai la 
semalam 18.05.2012.  semua kawan-kawan aku pakat duk update status kat fb dah tamat l.i..sedih
laa..seronok la..aku ja malas nak update sebab aku rasa sama ja dengan semua orang.  Hari terakhir aku 
semalam memang sibuk sangat! Xmenang tangan la bak kata orang.  Sebabnya semalam semua orang tak 
dak kat pejabat.  Semua pi dewan ada taklimat SPR.  Ada tu ada, aku, Wani, pelajar praktikal lagi 2 orang, 
abg Zaim, Angah jaga kaunter kat bawah dan En. Fathil.  Kalau ada perompak atau perogol bersiri mai 
memang tak selamat la kami kaum2 hawa masa tu.  Pagi-pagi sebelum waktu pejabat lagi aku diamanatkan
 untuk menjadi operator telefon “full time”.  Haaaa? Tak berdaya nak say “no”.  takpe la hari last apa 
salahnya berbakti dan kutip pengalaman selagi mampu kannnnnnn.  Dah tu aku kena call semua PBT daerah
 Perak ni untuk Pesta Rakit 1 Perak nanti ni sebab nak sahkan kehadiran depa.  Mula-mula memang cuak, 
cakap pun tergagap-gagap wey.. tapi dah lama-lama tiba-tiba aku rasa macam dah ‘expert’ (kembang 
seketika… ) time kasih Cik Nor ku sayang sebab bagi banyak tugasan yang mencabar dan tak pe, saya 
suke sebab bagi banyak pengalaman untuk saya :D Tapi bukan tu saja la..sat-sat ada orang call, mula la aku
 gelabah.  Tapi aku gagahkan diriku jua, haha! Lantaklah bukan depa tau yang depa duk cakap ni dengan 
student praktikal kan.  Dalam masa yang sama aku kena rekod faks yang masuk, layan pelanggan yang mai, 
sebab aku duk kat pintu depan. Wani dengan bebudak dua orang lagi tu duk bersembang kut belakang.  Ye
 lah hari last kan, aku faham.  Memang lain sangat la hari terakhir praktikal aku kat sini.  Tak de majlis pepisahan pun semalam untuk kami, sob..sob… sebabnya buat minggu depan!!! Weeeeeee~~ makna kata kena mai lagi tapi sebagai orang luar la noo. Jangan Cik nOr suruh kami potostate keja dia dah la time tu ( waa cekik luuu..huhu) bukan tak sudi ye tapi tolong hormat sikit, kami tetamu time tu tau.

last day as a practical student :)


Nak dijadikan cerita, helmet wani kena curi a.k.a ditukar dengan helmet buruk.  Camni, sedang aku duk tengok kat luar tingkap, nampak kelibat dua orang budak laki berpakaian t-shirt hitam dan yang paling tak tahan selipar warna pink. Dua-dua berpakaian sama, sedondon la katakan auuuuuwwww! Aku pun panggil la wani sebab nak suruh tengok depa.  Tiba-tiba salah sorang budak laki tu mai dekat kat moto aku.  Haaaaaaaah! Aku pantang ni (ko pe hal budak!! Aku cakap dari atas) tiba-tiba dia tengok keadaan sekeliling dan dengan suka hati mak bapak angkat dia, buleh dia tukar helmet dia dengan helmet wani.  Helmet pulak jenis sama, MS tapi of kos la helmet wani lawa lagi dari budak tu. Apa lagi…lepas tu kami pi settle la dengan orang pejabat.  Rupanya budak tadi tu mai nak bayar sewa padang.  Petang tu jugak kami pi tunggu tepi padang tengok depa main bola walaupun depa tengok pelik sebab kami ja pompaan kat situ ( hey memang kami tak ingin la nak mai, sebab terpaksa je ye, tolong sikit, ahaks!) habis game depa aku tanya la budak tu, memang dia tapi yang tukar helmet tu kawan dia.  Takpa, nanti en. Khairol pi ambik helmet tu sebab area2 dia ja rumah budak tu.

Begitu lah betapa tragiknya hari terakhir aku praktikal kat MDS.  Sesungguhnya banyak sangat kenangan yang tercipta di situ.  Pahit, manis, suka, duka, ketawa, bergaduh, benci, geram, teruja, kembang semangkuk, dimarahi, difitnah semuanya menjadi satu memori untuk aku. TERIMA KASIH semua kakitangan MDS! I love you all.

p/s: masa untuk siapkan report, mencari kerja part-time, dan jumpa org tersayang!!!weeeeeeeeeee

Tuesday, May 8, 2012

Impian


Semua orang ada impian kan? Termasuk jugak aku. Bila berfikir tentang impian sendiri, mula la hati membuak-buak rasa bersemangat tu datang tiba-tiba tanpa dipaksa. Rasa nak belajar bagi berjaya jugak-jugak sebab nak capai impian tu J aku harap semangat aku bukan macam hangat-hangat tahi ayam saje, aku nak kekalkan rasa itu sampai aku berjaya satu saat nanti, inysaAllah, aminn...........

Nak tau apekah impian saye? *wahh bajet macam retis kauu Yana!
Dan kalau diizinkan Allah, aku berharap dan berdoa agar aku............. :

Ø  Menunaikan umrah & haji bersama keluarga.

Ø  Memiliki kereta idaman aku which is ‘Suzuki Swift’.(aku nak bawak adik-adik aku pi jalan L)

Ø  Memiliki kamera Nikon DSLR. (sebab aku obvious gila dgn photography)

Ø  Melengkapkan segala kelengkapan rumah untuk keluarga aku.

Ø  Bercuti ke Paris.

Ø  Mempunyai duit simpanan dalam bank.

Ø  Memiliki perniagaan yang maju.

Ø  Mempunyai pekerjaan tetap.

Ø  Nak rumah sendiri.

Ø  Bertemu jodoh dengan seseorang yang mencintai Allah lebih dariku.(supaya dapat membimbing diri ini)

Ø  Membesarkan anak-anak suamiku dengan penuh kasih sayang dan didikan agama yang penuh.

Ø  Hidup bahagia, sakinah, mawaddah wa rahmah bersama bakal suami nanti J

Ø  Keluargaku bahagia seperti keluarga orang lain.


Amin…*tolong aminkan sekali ye.
Adakah akan terlaksana semua impian-impian aku kat atas tu? Hanya Tuhan yang tahu kan.  Tapi tanpa usaha dan doa mustahil akan tercapai segala hajat kita.  Jadi, mulai hari ini aku akan sentiasa muhasabah diri dan sentiasa mengingati tujuan aku hidup atas muka bumi ni, bukan lah untuk dunia semata-mata tapi akhirat yang utama.  Semoga Allah permudahkan segala urusan anda-anda semua, sahabat-sahabatku, kaum kerabatku, dan juga hamba-Mu yang alpa ini. 

                                                              * aaaa nak capai semua impian...aaaaaa

Monday, May 7, 2012

Bikin Panas

        Haiihhh geram! Sesungguhnya aku tak boleh ‘think +ve’ saat ni, NO!! kenapa? Tunggu sat nak habaq. Lain tak bukan mestilah pasal orang dekat pejabat ni yang macam-macam ragam dan memang aku xberapa nak berkenan sangat perangai tu. Minggu lepas ada satu mesyuarat, dewan kat atas tu ada la bau-bauan yang kurang enak untuk dihidu ( bau bangkai kelawar hokeh, can u imagine that??). ok tak pe, aku dengan wani diarah untuk turun bawah ambil penyembur wangi-wangian, diulang sekali lagi “PENYEMBUR WANGI-WANGIAN” *motif utama cerita hari nih, perlu di “highlight”kan, tQ. Turunlah kami puteri buluh betong dari atas ke bawah untuk maklum dekat Pekerja Awam pasal bau yang tak berapa nak sodap kat atas tu. Lepastu, pak cik Husaimi ( Pekerja Awam ) cakap “pi ambik dalam bilik tuu..” ( bilik stor yang tersimpan segala harta-harta berharga yang digunakan untuk kerja2 pembersihan ) maka kami dengan penuh gaya macam ‘Agen Breeze’ kat TV3 tu berjalan dengan penuh keyakinan dan keazaman yang tinggi lantas mengambil penyembur wangi-wangian yang ada di atas besi itu ibarat Lee Chong Wey mengambil Piala Thomas 2008 dulu-dulu tu!!(hakk! Gedix sgt) Berlenggang-lenggang kangkung lah kami naik ke atas semula untuk sembur bagi menghilangkan bau yang mengaibkan itu. Tetiba ternampak kelibat kelawaq melekat elok ja kat tepi langsir tu. Oh My Allah! Geli makk..! bentuk yang sangat unik dan aku ingatkan corak langsir tu, What the?? Dah selesai semua, kami turun balik dan letak balik benda tu kat tempat asalnya, diulang kat TEMPAT ASALNYE!* motif yang same. Ok kemudian mesyuarat seperti biase.

 …….....................................................3 hari kemudian……....................................................................

         Hari ni la cerita dia. Sedang wani “on call” dengan kawan baru dia dan aku dengan tekun dan berwajah serius macam pembunuh bersiri tengah buat kerja tanpa pedulikan keadaan sekeliling tetiba datang seorang bidadari yang sangat cantik dari aras bawah, (malas nak aibkan orang, kite kena guna bahasa yang paling halus untuk men’describe’kan seseorang yang kite kurang berkenan :D) maka terciptalah satu babak,… :

Bidadari Cantik : kamu kan yang ambik penyembur hari tu? ( dengan wajah yang sangatt manis )*sila baca dgn kata yg berlawanan. Maceh..

 Pesalah Mandatori : Haa.. kenape? ( bersama riak muka yang dipenuhi tanda soal )

 Bidadari cantik : Ermmm..letak kat mane ek hari tu?

 Pesalah Mandatori : Kami letak balik kat atas besi warna hitam tu la.

 Bidadari Cantik : Yeke? Sebab tak de pun kat situ. Pak cik ‘cleaner’ cari kat bawah tak jumpa.

 Pesalah Mandatori : Betul kami letak kat atas tu, ( dengan muka ‘innocent’sambil pandang ke arah Wani mengharapkan back-up, tp Wani tgh bergayut, boleh bayangkan dakk? )

 Bidadari Cantik : Terus berlalu pergi……..

 Gila x sentap! Nada dan intonasi cara dia tanya kat aku tu macam aku ni pernah bunuh salah sorang ahli keluarga dia plus dengan riak wajah yang ala-ala mak Bawang Merah sinetron Indonesia tu, alahai bohonglah kalau tak terasa kan! Sesudahnya wani selesai ngomong-ngomong di hapek, aku terus ajak dia pi bawah nak tengok benda tu. Dalam perjalanan ke bawah tu memang haruslah meluahkan rasa ketidakpuasan hati kat wani. Turun-turun ja ternampak pak cik ‘cleaner’ berdiri kat bawah, yang si Bidadari Cantik dah masuk kat dalam tapi sompat ae dia tengok ke arah kami ni, ‘so what woman?? ?’ (cakap dalam hati je, ahaha) . Tercipta lah lagi satu babak……..

 Budak Innocent : Emm.. pak cik, tak jumpa ke? Kami letak atas besi dalam bilik belakang tu hari tu pak cik. (kira nak teyak dah, huhuu)

 Pak Cik Baik : Letak atas tu ha? Dak takpa la, jangan rasa bersalah sangat, benda dah nak hilang nak buat macam-mana.(sambil senyum*I loikeeeee pak cik’s style )

 Budak Innocent : Ok pak cik :D (berlalu dengan hati yang kembang dan lega)

          Sila bandingkan dialog pada situasi pertama dan kedua kat atas tuu, boleh anda bayangkan apa perasaan aku. Pak cik tu relaks je, yang dia buat kalut terlebih macam hilang sesuatu yang ‘precious’ je ape kes?? Fikir-fikir lah, malaih nak semak otak aku fikir pasal sesuatu yang langsung tak menjana kecergasan minda, kan kawan-kawan? :D

Pict ni from Google :D
                                         * Rasa cam nak geget ja tangan dia macam beby ni buat, ekekeke