Animated Hello Kitty Princess Lyana's Diary: Bikin Panas

Monday, May 7, 2012

Bikin Panas

        Haiihhh geram! Sesungguhnya aku tak boleh ‘think +ve’ saat ni, NO!! kenapa? Tunggu sat nak habaq. Lain tak bukan mestilah pasal orang dekat pejabat ni yang macam-macam ragam dan memang aku xberapa nak berkenan sangat perangai tu. Minggu lepas ada satu mesyuarat, dewan kat atas tu ada la bau-bauan yang kurang enak untuk dihidu ( bau bangkai kelawar hokeh, can u imagine that??). ok tak pe, aku dengan wani diarah untuk turun bawah ambil penyembur wangi-wangian, diulang sekali lagi “PENYEMBUR WANGI-WANGIAN” *motif utama cerita hari nih, perlu di “highlight”kan, tQ. Turunlah kami puteri buluh betong dari atas ke bawah untuk maklum dekat Pekerja Awam pasal bau yang tak berapa nak sodap kat atas tu. Lepastu, pak cik Husaimi ( Pekerja Awam ) cakap “pi ambik dalam bilik tuu..” ( bilik stor yang tersimpan segala harta-harta berharga yang digunakan untuk kerja2 pembersihan ) maka kami dengan penuh gaya macam ‘Agen Breeze’ kat TV3 tu berjalan dengan penuh keyakinan dan keazaman yang tinggi lantas mengambil penyembur wangi-wangian yang ada di atas besi itu ibarat Lee Chong Wey mengambil Piala Thomas 2008 dulu-dulu tu!!(hakk! Gedix sgt) Berlenggang-lenggang kangkung lah kami naik ke atas semula untuk sembur bagi menghilangkan bau yang mengaibkan itu. Tetiba ternampak kelibat kelawaq melekat elok ja kat tepi langsir tu. Oh My Allah! Geli makk..! bentuk yang sangat unik dan aku ingatkan corak langsir tu, What the?? Dah selesai semua, kami turun balik dan letak balik benda tu kat tempat asalnya, diulang kat TEMPAT ASALNYE!* motif yang same. Ok kemudian mesyuarat seperti biase.

 …….....................................................3 hari kemudian……....................................................................

         Hari ni la cerita dia. Sedang wani “on call” dengan kawan baru dia dan aku dengan tekun dan berwajah serius macam pembunuh bersiri tengah buat kerja tanpa pedulikan keadaan sekeliling tetiba datang seorang bidadari yang sangat cantik dari aras bawah, (malas nak aibkan orang, kite kena guna bahasa yang paling halus untuk men’describe’kan seseorang yang kite kurang berkenan :D) maka terciptalah satu babak,… :

Bidadari Cantik : kamu kan yang ambik penyembur hari tu? ( dengan wajah yang sangatt manis )*sila baca dgn kata yg berlawanan. Maceh..

 Pesalah Mandatori : Haa.. kenape? ( bersama riak muka yang dipenuhi tanda soal )

 Bidadari cantik : Ermmm..letak kat mane ek hari tu?

 Pesalah Mandatori : Kami letak balik kat atas besi warna hitam tu la.

 Bidadari Cantik : Yeke? Sebab tak de pun kat situ. Pak cik ‘cleaner’ cari kat bawah tak jumpa.

 Pesalah Mandatori : Betul kami letak kat atas tu, ( dengan muka ‘innocent’sambil pandang ke arah Wani mengharapkan back-up, tp Wani tgh bergayut, boleh bayangkan dakk? )

 Bidadari Cantik : Terus berlalu pergi……..

 Gila x sentap! Nada dan intonasi cara dia tanya kat aku tu macam aku ni pernah bunuh salah sorang ahli keluarga dia plus dengan riak wajah yang ala-ala mak Bawang Merah sinetron Indonesia tu, alahai bohonglah kalau tak terasa kan! Sesudahnya wani selesai ngomong-ngomong di hapek, aku terus ajak dia pi bawah nak tengok benda tu. Dalam perjalanan ke bawah tu memang haruslah meluahkan rasa ketidakpuasan hati kat wani. Turun-turun ja ternampak pak cik ‘cleaner’ berdiri kat bawah, yang si Bidadari Cantik dah masuk kat dalam tapi sompat ae dia tengok ke arah kami ni, ‘so what woman?? ?’ (cakap dalam hati je, ahaha) . Tercipta lah lagi satu babak……..

 Budak Innocent : Emm.. pak cik, tak jumpa ke? Kami letak atas besi dalam bilik belakang tu hari tu pak cik. (kira nak teyak dah, huhuu)

 Pak Cik Baik : Letak atas tu ha? Dak takpa la, jangan rasa bersalah sangat, benda dah nak hilang nak buat macam-mana.(sambil senyum*I loikeeeee pak cik’s style )

 Budak Innocent : Ok pak cik :D (berlalu dengan hati yang kembang dan lega)

          Sila bandingkan dialog pada situasi pertama dan kedua kat atas tuu, boleh anda bayangkan apa perasaan aku. Pak cik tu relaks je, yang dia buat kalut terlebih macam hilang sesuatu yang ‘precious’ je ape kes?? Fikir-fikir lah, malaih nak semak otak aku fikir pasal sesuatu yang langsung tak menjana kecergasan minda, kan kawan-kawan? :D

Pict ni from Google :D
                                         * Rasa cam nak geget ja tangan dia macam beby ni buat, ekekeke 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah ke sini :)
Pls leave your brilliant idea, ok dear:D