Animated Hello Kitty Princess Lyana's Diary: March 2012

Wednesday, March 28, 2012

SAMPAI BILA!!!







Perghhh, tajuk entry macam tajuk lagu kumpulan LELA tuu..haha, nak dijadikan cerita ni mestilah pasai tugas dan kerja aku yang tengah bahagia berpraktikal kat MDS ni, wink….wink….jangan jeles na kawan-kawan poli, sebab tempat praktikal ak ada 2, 3, 4 orang mamat2 bujang, yang kahwin pun adaa..hensem kot, kikikiki boleh cuci mata setiap hari sebab tu yang sayang sangat kat MDS a.k.a Majlis Daerah Selama, Selama Perak ni. *harap2 orang pejabat xbaca entry akuuu, MALU kot.! Tapi aku kena berjaga-jaga sama satgi baek punya aku dok sembang bergelak-tawa dengan depa ada ja mulut-mulut longkang duk mengata sedap kat aku. Depa bukan buleh tengok budak-budak praktikal duk baek dengan laki-laki kat situ, sakit hati tang mana pon tak tau la haihh..

Dah3, tak mahu kona-kona aku nak habaq kat hampa semua tugas aku officially sekarang ni adalah…………………………….*dengan bangga dan hidung kembangya,


-











-




















-












































Memasukkan data ke dalam sistem komputer. Tu secara ringkas la, sepesifiknyo, aku kena taip sebijik-sebijik apa saja maklumat hat duk ada kat dalam buku perkhidmatan pegawai awam tu dalam Microsoft excel. Contoh macam depa pi kursus ka dapat pergerakan gaji ka, haa..tu aku kena taip balik ke dalam komputer. seperti gambar2 di atas tuuu...

Memang mula-mula qasa eksaited gila buat keja tu tapi lama-kelamaan aku qasa mcm nak naek gila dh. Mau dak, hari-hari buat benda yang sama, satu dua aku boleh terima dengan redho lagi, ni 64 kot. Gila kentang banyak.!Sampai kadang-kadang tu aku macam nak telan ja semua orang dalam opis masa tuh. Stress jugak la kadang-kadang. Tu yang aku dan wani mengambil keputusan untuk pi jalan-jalan kacau orang..pi tengok orang lalu-lalang kat jalan raya dari tingkap atas, lepak2 kat tangga sambil kutuk-kutuk orang pejabat yang buat aniaya kat kami, berangan-angan pastu gelak dengan sepenuh hati, muahahaha. Bukan tak sudi nak buat tapi kadang-kadang kami perlu buat benda lain jugak, abis report harian takkan nak tulis benda yang sama je? Yang berbeza Cuma nama pekerja, gamak aku nak tulis camtu, haha. Tapi takpa aku anggap ni macam cabaran untuk aku demi masa hadapan, acewahhhh..

Monday, March 12, 2012

Awk..

Selalu setiap pagi sebelum memulakan kerja, awak selalu datang dan melihat saye

dulu..

Bergurau-senda sebelum memulakan tugasan,

Tapi, hari ni kenape lain yang saye rasakan..

saye bagai dapat merasai sesuatu yang melanda diri awak,kan..?

Lantas saye mendekati awak dan bertanya tentang ape sebenarnya yang terjadi, "awak ok ke?"

Tapi awak cakap awak ok je, padahal saye tahu, saye dapat rasa yang awak sebenarnye

tak ok,

Saye risau tengok awak, awak tau tak...

Dalam hati yang resah saye ceritan kpd Wani(kwn praktikal) ape yg berlaku,

Ternyata benar ape yang saye jangkakan, naluri saye,

Tiba2 awak datang dan menceritakan tentang ape sebenarnye yang berlaku..

Dalam hati ini saye rasa sedih lagi dari awak..

Saye cume nak awak sabar..tu je..

Patut la tak nampak kereta awak kat parking tadi, rupanye kene pecah..

Awak..sabar selagi boleh kerana saya selalu di sisi awak..

Walaupun dalam diam... :)