Andai diletakkan dua perkara di hadapanku, iaitu antara
harta, kemewahan yang melimpah ruah tak terkira jumlahnya dan sahabat yang
sentiasa di sisi memberi kasih dan sayang tak kenal erti penat dan jemu.. mana
mungkin aku akan melangkah ke longgokan harta, tak akan sama sekali. Seandainya mereka tahu, betapa hati ini
sangat menyayangi mereka..tak sanggup untuk aku pergi meninggalkanmu wahai
sahabat, sangat pilu hati ini, tapi aku terpaksa melangkah jua demi cita-cita
dan keluarga, seandainya kamu berada di tempatku, pasti kamu akan faham..betapa
beratnya hati ini untuk pergi demi sebuah impian dan tanggungjawab, sahabat,
usahlah bersedih keranaku..sebab aku tidak kuat kalau sahabat2ku
bersedih..perjuangan kita masih jauh..sama2 kita berusaha mengejar ilmu dan
cita-cita, tak mungkin aku akan lupakan segala memori yang tercipta antara
kita, semuanya terpalit kemas dalam ingatan ini..aku bersyukur kerana Allah
kurniakan sahabat2 yang menyayangi aku
hadir dalam hidup aku, sesungguhnya percayalah dengan ketentuan Allah
sahabatku, DIA punya rencana yang sangat baik untuk kita..teruskan berjuang..
Dip. in Secretarial Science, semester 5, my classmates :) |
friends are everything, friends that always never forget their friends is the one we need in our life!
blh nyanyi lagu shabat by najwa latif cmni.hehe
ReplyDelete