Animated Hello Kitty Princess Lyana's Diary: Bilaku Balik Kampung

Friday, December 16, 2011

Bilaku Balik Kampung

Assalamualaikum,

Hai, jumpa lagi kita setelah agak lama xmenaip kat sini. Sebab ape? Hehehehe, Sebab aku balik kampung. 'Which is' kampung sebelah ayah yakni kampung Sungai Salleh, Serdang Kedah. Dekat ja dari rumah aku ni haa. Dalam 15 minit je pun.*dekat2 pon hg selalu pi sana kah?? :p* kentut pun dengaq baq hang….haha. Lama jugak aku tak balik sana, sebabnya kat sana bukan ada sapa-sapa pun, kalau 'time' qaya ataupun kenduri sedara aku ka ramai la jugak yang ada kat kg tu. Yang dari KL semua pakat balik. Hmm, baru ku sedaq yang kebanyakan sedara aku duk kl rupanya, maklumlah tak sempat nak pikir. Kalau umah tok aku tu, cuma ada tok aku sorang ja, tok wan aku dah lama meninggal dunia sebab kemalangan sewaktu 'otw' pi sembahyang jumaat :’( rumah sedara-sedara aku ada la dekat2 rumah tok aku, dekat keda sg salleh yakni rumah paklang aku dan pak long aku. 'See?' Dekat kan. Seronok sangat bila 'stay' kat kampung nih.

Walaupun tak dak orang, tapi hati aku terhibur dengan budak-budak kat situ dan kawan-kawan tok aku a.k.a warga emas. Aku paling suka dengan budak-budak! Aku tak tau kenapa. Naluri keibuan kot, ceewahhh! Dak, seyes ni. Even adik aku pun aku suka, hehehe. Walaupun depa dah besaq tapi aku layan depa macam budak kecik hahaha kejam kan aku? Budak2 dah la kecik..comell sangat. Aku kadang-kadang tu tak sampai hati nak marah depa kalau geram tu ada la jugak kan. Kalau golongan warga emas ni pun aku suka. Sebab mereka sangat menenangkan.. J tak percaya? Try la pi sembang dengan tok hampa naa. Aku sayang tok aku sangat walaupun dia kadang-kadang garang tapi tok aku sangat 'sporting' u oll. Kawan-kawan tok aku pun sama. Aku kalau balik kampung tu tak sah la kalau tak kena mengusik dengan depa. Lagi satu, aku suka sangat sebab tok aku selalu bagi tips2, ajaq masak, petua orang dulu2…. Haaah, 'sooo happy with them!' Tapi kenapa yek masih ada lagi insan-insan kat luar sana yang tegar letak orang tua depa kat rumah kebajikan @ rumah orang tua-tua?? Semoga kita2 semua dijauhi dari perbuatan itu ya…

Ok, nampaknya sampai setakat ini saja lah yang dapatku kongsi dengan hampa semua noo.

*bersama sygku Roziyana. (lepas balik kg, pi KFC Serdang online n dapat ayam, cheezy n air free kot, haha thanks to Nina)


Kepada semua, jaga diri, jaga amal, jaga iman. wasSalam…'see u on the next entry!'

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah ke sini :)
Pls leave your brilliant idea, ok dear:D