Animated Hello Kitty Princess Lyana's Diary: Persediaan Praktikal a.k.a L.I

Saturday, December 17, 2011

Persediaan Praktikal a.k.a L.I

Assalamualaikum..,

Yeah! Hehe, mula-mula kena semangatkan diri dulu. Tinggal sehari je lagi aku nak kawen praktikal. Makna kata hari Isnin yang indah ni aku akan menjejakkan kaki ke alam pekerjaan kat Majlis Daerah Selama Perak. Huh! Tak dapat nak dibayangkan macam mana nanti ni. Aku doakan semuanya berjalan lancar hendaknye, aminnn.

Persediaan aku? Mmmm, biasa-biasa aja. Kalau orang lain mungkin beli baju baru, kasut, handbag dan lain-lain, tapi aku pulak kontra dengan orang, maksudnya aku tak beli semua itu. Aku guna apa yang ada saja. Antaranya ialah…..;


Baju? – baju yang sedia ada, mean baju yang aku pakai pi kelas hari-hari masa kat poli.*takpe kat Majlis Daerah xde org perasan :P*
kasut? – kasut mungkin nak kena beli lain sebab kasut takde yang sesuai. Sementara, boley guna kasut mak aku.

Handbag? – pun guna yang sedia ada. Beg yang aku guna pi kelas hari-hari jugak. Selagi boleh guna, aku akan gunakan.

Sapa-sapa yang nak mula berpraktikal kat luar sana mesti buat persediaan yang best kan? Aku hanya biasa-biasa je. Takpe lah kalau aku ada rezeki lebih mungkin aku akan beli serba baru. Yang penting report, aku nak focus betul-betul ekspeshelly terhadap tugas-tugas aku sebagai setiausaha, tapi dapat bahagian mana aku tak tau lagi. insyaAllah, lepas ni aku akan bagitau eh. Haa..lepas ni mungkin kebanyakan entry-entry aku berkisahkan tentang dunia praktikal aku. Nak habaq siap-siap kat hampa. Tapi takdela setiap hari aku cerita pasai qeja ja, nanti hampa boring silap-silap tak hadap nak klik ke blog aku nih, hehehehehe. Ok lah, sampai di sini saja yang dapatku luahkan kepada anda-anda semua. Kepada kawan-kawan politeknik tuanklu syed sirajuddin, terutama kepada budak-budak DSS 3B tak lupa juga di politeknik lain,


*adakah aku akan sibuk macam ni nanti?? ngeee~

selamat menjalankan tugas dengan penuh istiqamah, tekun dan ikhlas. Buat report yang paling terbaik tau kawan-kawanku. J

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah ke sini :)
Pls leave your brilliant idea, ok dear:D