Animated Hello Kitty Princess Lyana's Diary: Idea Bijak Aku!

Friday, December 9, 2011

Idea Bijak Aku!

Assalamualaikum,

Hello semua...! Nampak tak tajuk 'entry' aku kat atas yang berbaur agak riak tuh,?? ngeh6..

Haaaaaa...semenjak diri ini cuti sem beberapa minggu yang lepaih, otak aku semakin rajin
berfikir nak buat aktiviti yang boleh bagi paedah kat aku. Soooooo, setelah berhari-hari, berhempaih pulas memerah otakku ini, aku ingat la kann nak memanjakan diri ala2 macam kat SPA tu...aip!!! bukan 'Suruhanjaya Perkhidmatan Awam' yg selalu mengecewakan aku tuuu..ala spa yang selalu bakal2 'bride' pi sebelum jadi raja sehari :) Yayayayaya, selain dapat menjimatkan duet, dapat mencantikkan diri anda2 semua, xgitu cik Bedah oii??? Meh sini aku nak share beberapa petua tradisional yang bakal aku amalkan semasa cuti sem nih! Antaranya ialahhhhhh..............................,






-




-









1~ mencantikkan rambut menggunakan SERAI

caranya : Ambil beberapa batang serai (dalam 2,3 batang), ketuk serai itu, kemudian rebus sehingga mendidih. Lastly, bila air rebusan tadi tu da sejuk then sapu kat rambut u olls. Nak lumur dengan serai-serai tu sekali pon takde hal. Lepastu, bilas yaw, jangan tak bilas pulok. :p


2~mencantikkan kening gune BWG PUTIH

caranya : Ambil seulas bawang putih lalu dipotong dua. kemudian, ambil satu dan lukiskan mengikut bentuk kening anda okeh. Simple!



Nahh..tu lah perkara yang aku akan praktikkan selepas hari-hari ini dan hari-hari yang akan mendatang. Kalau tak menjadik minta maap la noh, sebab benda kan tradisional, bukan internasional..Ahaks, ok then..c u again in the next entry! meow2...




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah ke sini :)
Pls leave your brilliant idea, ok dear:D