Animated Hello Kitty Princess Lyana's Diary: Gangguan Nombor Tak Dikenali

Wednesday, June 27, 2012

Gangguan Nombor Tak Dikenali


Baiklah, hari ni saya dengan murah hatinya akan berkongsi cara-cara untuk mengatasi masalah diganggu nombor telefon yang tak dikenali terutama sekali yang suka ganggu waktu-waktu malam time sedap2 kita duk peluk bantai dengan selimut yang selesa dan katil yang empuk bak ubi yang baru direbus, huaah betapa diri penuh dendamnya  saat itu.

Mesti benda ni terjadi kepada anda-anda semua kan? Memang rimas dan lemas! Rasa macam nak off ja phone tapi takut ada kawan2 mesej ka call ka hal penting mana kita nak tau dak?  Lantas dengan sepantas kilatnya otak aku yang bergeliga ni dapat satu idea jahat yang setimpal dengan pengacau2 yang suka kacau aku anytime aku duk bz.  Nak tau tak ape? Hehehehehehehehe ( gelak macam nenek kebayan dunia khayalan dunia impian).

Ooohhh okokokokok, disebabkan dendam kesumat aku kat  sesapa ja yang suka duk ganggu aku, maka beginilah caranya ye…

1)      Bila ada nombor tak dikenali tu kacau, jangan takut, jangan menangis..nurani..jangan bersedih...nurani... ( bagi adik2 bawah umur), dan yang penting tak perlu baling phone, jawab je call tu. Tekan butang answer okay!

2)      Lepaih tu, untuk mengenal pasti suspek adalah pengacau ataupun lelaki gatai ataupun orang penting, cuba cakap dulu, kang kalau buat tak ketahuan nanti tak pasal2 melepas peluang kerja ke hape ke kannn,

3)      Dan bila terbukti suspek adalah suspek yang sebenar, hahaha kita jangan sesekali letak phone itu, nanti dia takkan berputus asa untuk mencoba, mencoba dan terus mencoba.  Jadi, u just pick up the call and let him talk alone.  Letak je phone tu kat mana2 kat tapi kita ke, kat kipas ke(bagi dia dengar bunyi kipas, hoho) haa lagi bagus letak sebelah kucing, ahh pokonya..mana2 pun bisa. Then, kita just teruskan aktiviti kita, tidur ke, bce bku ke. Dah dia nak cakap sangat kan, kita kasi dia cakap sorang2 ek..kui3, ala lama mana sangat la dia nak bertahan, at last mesti dia give up punyaa, dan takkan ganggu kita lagi sebab kredit dia yang habis not us right!! Yeahh give me five!

#macam aku, hari tu aku tengah senang hatinya basuh pinggan kot dapur, tetiba ada unknown number call, takpela, i pick up the call, tapi bila aku cakap helo3? dia diamm ja, hmm memang cari masalah dengan kawe la.  las2 pa aku buat nak tau? aku letak phone aku kat tepi sinki, yela duk basuh pinggan kan time tu, haa ambik kau..sila la dengar bunyi desiran air sinki rumah aku ye.  lepas2 tu sampai ke sudah nombor tu tak kacau aku, weeeeeeeeeehaaaaaaaaaaa.!!

Sekian tu saja untuk waktu ni, so watch out ya! Nak berdating dgn Allah sebentar J

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah ke sini :)
Pls leave your brilliant idea, ok dear:D