Animated Hello Kitty Princess Lyana's Diary: Bahagia, .. bila?

Monday, June 25, 2012

Bahagia, .. bila?


Aku selalu tertanya-tanya, agak-agaknya bila lah aku akan bahagia macam orang lain.  Bila tengok orang lain, maksudnya kawan2 aku la, seronok jaa, bahagia ja dengan insan2 tersayang .  yes, I admit that I am QUITE  jelosa.  Masih angkuh dan egois yang tingginya xmau mengaku yang sedang berada di tahap penjelasan yang tinggi.(pengaruh cuaca berjerebu di Malaysia).  

Sebagai  manusia yang normal, tak salah kalau ada perasaan begitu, waaaaah….( bajet pertahankan diri ) aku tengok kawan2 aku ada yang pi keluar  meluangkan masa dengan bf, pi kenduri laa, shopping dan banyaaaak lagi lah ( malas nak sebut nanti sakit hati, ahaks! ) then, I sit and thinking for a while just like waiting durian falling down into on my head ( man, of course I  wear helmet ) think…think…kenapa laa aku tak rasa bahagia macam orang lain? Kenapa aku tak bercinta macam pasangan lain, yang selalu keluar, date, go here, go there with a big smile and romantic moment.. why3…bukannya tak bahagia, bahagia jugak aku tapi dalam situasi yang terkawal dan terbatas, sekarang ni pun hamba Allah tu dah jarang nak contact2 gua ( tetiba nak berunsurkan gangster sebab marah) mesej kejap ja, tiba2 hilang ditiup angin, call? Alahai..kalau dah mesej pun macam tu, call memang tak la. 

Memang aku rasa aku tak dak bf pun sekarang ni, macam biasa2 saja, tapi aku tak hairan pun dan aku tak la meroyan memberontak sana-sini nak mintak penjelasan, bukannya aku tak ambik tau tapi aku sedar yang aku belum ada hak untuk sibuk hal dia, kerana aku belum punya apa2 ikatan sah lagi and that’s why im so positive thinking until now =D kalau tak memang aku dah upah orang pi culik dia dan aku akan keluarkan tali pinggang aku untuk melempiaskan nafsu amarahku, hahahahaha ( gelak yang teramat kejam sekali ) 
setelah aku muhasaboh diri, baru ku sedar…mungkin mereka2 yang aku tengok tu bahagia sekarang, dibuai asmara cinta yang membara, tapi hari esok kita belum tentu bahagia lagi kan? ( bukan nak phsyco hampa tau, hee) dan mungkin bagiku dan sahabatku Roziyana yang mengalami simptom2 yang sama macam aku, bahagia tu mungkin selamanya milik kita setelah terlafaz ijab dan kabul satu hari nanti, trust me!

This is me, my same fate friend - Roziyana and her sis daughter, Putri ^,^

Dan kepada2 mereka2 di luar sana yang mempunyai nasib yang sama seperti saya dan sahabat saya, jangan risau, jangan sedih dan jangan bimbang, kerana… ubatnya adalah doa, kalau dah jodoh takkan ke mana, pegang kata-kata tu sampai akhir hayat tau, peacee……..! =D

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah ke sini :)
Pls leave your brilliant idea, ok dear:D