Animated Hello Kitty Princess Lyana's Diary: Perhimpunan Korporat

Friday, April 13, 2012

Perhimpunan Korporat

Nak diceritakan semalam merupakan hari perhimpunan korporat MDS. Tak taula kalau-kalau syarikat-syarikat lain ada jugak perhimpunan macam nih. Tapi yang aku tau, kat MDS, setahun 3 kali ada perhimpunan ni. Alaa..macam perhimpunan kat sekolah pagi-pagi setiap hari sebelum mula kelas tu haa lagu tu la. Dalam perhimpunan korporat ni mula-mula sekali semua kakitangan MDS mestilah mendaftar kehadiran, tulis nama, tandatangan kemudian ambik satu kertas kecik yang mengandungi lirik lagu perkhidmatan awam sebab nak kena menyanyi, haha. Makanya, aku dengan wani menyibukkan diri tolong jaga pendaftaran. Satgi CC kata pa pulak kan, dok menyedapp ja bebudak praktikal berdua nih. Dah sudah daftar pa semua, pakat-pakat la beratur kat Dataran Hadapan MDS, laki-laki di sebelah, perempuan-perempuan di sebelah ye. Kann sebijik macam perhimpunan kat sekolah gitewwww.

Ok dah siap beratur, semua orang menyanyikan lagu Negaraku diikuti dengan lagu Perkhidmatan Awam. Masa nyanyian lagu perkhidmatan awam tu memang aku tak menyanyi pun. Aku duk tengok bas mara liner kat atas jalan raya tu, sambil gelak-gelak dengan Wani, kakakaka. Lantak lah orang nak kata apa pun janji hati senang, ye dak?? Yang paling aku tak tahan pagi tu yakni masa ucapan alu-aluan YDP a.k.a bos aku yang ensem lagi tak lapuk dek umur, dia cakap ala-ala cam gini lah “terima kasih diucapkan kepada saudara pengacari majlis”! HAHA! Sebenarnya pengerusi majlis hari tu adalah Kak Ina, jadi sepatutnya saudari lah kann, tapi mungkin bos nervous kot sampai ter’mixed’ kan perkataan yang tak sepatutnya, muahahaha. Uppss sorry ya bos..kelakar sangat tu sampai saye gelak lame sikit dari orang lain ampun…ampun…hari nih bertuah la kepada semua kakitangan MDS yang mana lahir pada bulan Januari sampai April dapat hadiah. Walaupun daku lahir pada bulan satu jugak, tapi diri ini kan Cuma pelajar praktikal, tak dapek la pulak..ahaha, padan muke kau! Tapi takpe, I tak kisah sebab I dah dapat hadiah dah b’day I aritu lagi gedevasss dari u olls tauuu :p selesai bagi hadiah, tepuk-tepuk tangan, ape lagi……………………………………………..MASA UNTUK...................................................
















MAKAN!!!....................................................................















Bab ni memangla semua orang laju ja. Tapi aku dengan wani segan kot. Yelah kami ni kan praktikal, satgi takut ada yang kata apa-apa pulak. Jadi, kami tunggu dulu bagi semua orang ambik dulu, malaih la nak berebut dengan orang-orang tua ni, satgi memang dah tau, kami yang menang, hehehehe *agak kejam bunyinya lagipun kami tengok tak dak sapa-sapa nak ajak kami makan pun, kot la nak ajak sekali kan, hmmm hampeh. Tetiba aku ternampak Kak Lah panggil kami makan. Sayangggg Kak Lah! Aku dengan Wani pi makan dekat tepi-tepi longkang kecik yang tak kotor okeh! Bersama pakcik2 dan uncle2 pekerja Am MDS. Depa yang lain makan dekat atas kerusi nuh,,….takpala kami mesra rakyat, tak kisah mana-mana pun, persetankan saja sapa-sapa yang tengok pelik kat kami waktu tu. Makan mee goreng dengan kek ditambah dengan air milo panas bersama pakcik2 yang baik hati, memang sangat best!!!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi singgah ke sini :)
Pls leave your brilliant idea, ok dear:D